Daripada Zaid bin Kalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, " Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun". (At-Tirmidzi)

Monday, 15 August 2011

Promosi MIPHC 2011 di Radio IKIM.fm

Dengarkan promosi Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre (MIPHC) 2011 di radio IKIM.fm
sepanjang 7 Ogos sehingga 18 Ogos ini

MIPHC pada tahun ini diadakan di 5 buah negeri

1. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
2. Bertam, Pulau Pinang
3. Kuantan, Pahang
4. Grand Ballroom, 1Borneo, Kota Kinabalu, Sabah (21/8/2011)
5. SARAWAK, Dewan Kompleks Majlis Islam Sarawak (21 Ogos 2011)

Sunday, 14 August 2011

KENYATAAN MEDIA 13 OGOS 2011

KENYATAAN MEDIA
Hidayah Centre, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Negeri Sarawak
13 Ramadhan 1432H
13 Ogos 2011




Saban hari kita mendengar ramai bukan Muslim yang memeluk Islam dengan menerima kalimah tauhid yang agung. Mereka ini memiliki pelbagai latar belakang, budaya, pendidikan, usia mahupun keturunan. Ada yang mengharungi jalan yang agak mudah bila terus berjaya mendapat sokongan keluarga dan rakan-rakan namun tidak kurang yang mengharungi pengalaman-pengalaman yang sukar dan getir. Seusai mengucap dua kalimah syahadah, maka bermulalah perjalanan hidup baru mereka dengan gelaran ‘Saudara kita’. Maka secara otomatis, mereka yang dulunya mungkin asing, sekarang telah menjadi saudara seIslam kita.

Ramai umat Islam yang bertanggapan bahawa urusan-urusan seperti dakwah kepada bukan Islam, urusan pengislaman, urusan kebajikan saudara kita tidak ada kaitan dengan mereka kerana ini urusan jabatan agama, para ustaz ataupun badan-badan bukan kerajaan NGO Islam. Jika mereka didatangi kes-kes seperti bukan muslim ingin memeluk Islam, masalah saudara kita dan sebagainya, pantas sahaja mereka mengarah kepada jabatan agama ataupun NGO. Tanpa mereka sedari kadangkala apa yang diingini dan didambakan oleh saudara kita bukan sekadar bantuan kewangan, bantuan pelajaran agama dan bantuan-bantuan yang berbentuk material semata-mata. Malah kadang kala, apa yang lebih diperlukan oleh saudara kita adalah penerimaan masyarakat terhadap mereka dan penerimaan kita sebagai saudara-saudara lama yang sudi menyantuni saudara kita selayaknya.
Sesetengah mereka telah dipulau oleh keluarga, sanak saudara dan rakan-rakan. Langsung tidak ada tempat mengadu dan berbicara. Kitalah harapan dan tempat mereka mengadu. Maka apa kata jika sesekali kita sudi-sudikan diri untuk mendampingi mereka sambil mendengar keluhan dan suara hati mereka. Mungkin kita tidak mampu untuk mengatasi semua masalah mereka, namun seperti yang sering diungkapkan orang – dengan mendengar sahaja telah menyelesaikan sebahagian dari masalah tersebut.

Dilema Saudara kita

Bagi saudara kita yang diterima dengan baik, mereka tetap menghadapi pelbagai ujian. Ujian dari segi peningkatan diri dan penghayatan Islam mahupun ujian lain dalam masyarakat. Ramai di kalangan mereka yang menghadapi kesukaran ini berada dalam masyarakat dengan tidak mendapat perhatian yang sewajarnya.
Bantuan yang diperlukan
Bantuan yang dikehendaki oleh saudara-saudara kita ini adalah pelbagai dan boleh dikategorikan seperti berikut:
1. Bantuan pengIslaman
2. Bantuan urusan perkahwinan
3. Bantuan pendidikan Islam
4. Bantuan tempat tinggal sementara
5. Bantuan kewangan sementara
6. Bantuan latihan untuk menjadikan mereka berdikari
7. Bantuan-bantuan khas yang lain

IKRAM Sarawak dan Hidayah Centre (HC)
Menyedari keperluan yang mendesak di kalangan saudara kita ini, Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Sarawak merangka menubuhkan Rumah Transit Anak Saudara Kita selewat-lewatnya Januari 2012 untuk membantu menyantuni saudara-saudara kita ini.

Objektif dan aktiviti

Objektif Hidayah Centre adalah:
1. Penempatan sementara saudara kita
2. Pusat perlindungan dan sokongan
3. Pusat pendidikan dan bimbingan saudara kita
4. Kerja-kerja penghubung dengan agensi kerajaan dan NGO lain
Sumbangan umat Islam di Malaysia amatlah diharapkan agar usaha memasyarakatkan, membantu dan memartabatkan saudara kita berhasil dengan gandingan Hidayah Centre. Semoga ia akan menjadikan saudara kita agen perubahan yang baik dalam masyarakat Malaysia yang majmuk.
Program Menyantuni Saudara Kita dan Menjana Dana
Satu Majlis Iftar Perdana anjuran Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Sarawak akan diadakan pada 21 Ogos 2011 ini di Dewan Kompleks Islam Sarawak, Kuching. Ini merupakan peluang kepada masyarakat menyantuni golongan saudara kita di samping dapat memberikan sumbangan kepada usaha-usaha dakwah kepada saudara kita melalui Hidayah Centre.

Sebarang sumbangan kepada Hidayah Centre boleh dibuat melalui akaun Bank Muamalat Malaysia Berhad atas nama PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA SARAWAK
(No. Akaun : 11010001758719) (sila pos atau faks slip bank ke alamat berikut) :
Hidayah Centre
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Sarawak,
Tingkat 2, L3108-3113, Sublot 3, Jalan Astana, 93050 Kuching, Sarawak.
Tel/Faks : 082-230927

Peranan Media Dalam Membantu HC

IKRAM Sarawak amat menghargai sokongan berterusan daripada pihak media dari masa ke semasa. Maka, IKRAM memohon sokongan yang padu dan berterusan terhadap Hidayah Centre dan aktiviti-aktivitinya. Media di harap dapat memainkan peranan proaktif dan berterusan di dalam mendidik masyarakat terhadap peranan dan tanggungjawab kita terhadap saudara kita. Sesungguhnya saudara kita tidak boleh dibiarkan sendirian mengharungi segala cabaran.

Sekian, Terima kasih.


Dr. Haji Azhar bin Haji Ahmad
Yang DiPertua,
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Sarawak
Merangkap Pengerusi MIPHCS2011.

Kenyataan media ini inshALLAH akan di siarkan di dalam Utusan Borneo, Utusan Sarawak, Borneo Post, New Sarawak Tribune dan RTM

Tuesday, 26 July 2011

HUBUNGI RSVP MAJLIS

Bagi urusan pertanyaan, penempahan meja, dan sumbangan boleh berhubung dengan kami :

En. Daud B Eali 013-801 2112

Pn Norazmah Bt Bakar 016-899 7297

En Fathurrahman B Othman 019-377 0539

HUBUNGI IKRAM

PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA SARAWAK
2ND FLOOR, L3108-3113, SL 3, JALAN ASTANA
93050 KUCHING, SARAWAK

EN FADILLAH SABALI
082-230 927 ATAU 013-828 3490

Aturcara Majlis



3.30 ptg           –          Ketibaan Jemputan

4.05 ptg           -           Solat Asar

4.30 ptg           –          Ketibaan VIP dan jemputan 

4.45 ptg           –          Tilawah / Forum – Islam : Rahmat seluruh alam / Agihan sumbangan Islamic         
                                    Relief Foundation ( IRM )

6.45 mlm         –          Doa / Iftar / Solat Maghrib

7.15 mlm         –          Makan Malam / Ucapan / Nasyid / Slideshow

8.30 mlm         –          Solat Isyak / Tarawih

9.30 mlm         –          Bersurai

Thursday, 14 July 2011

Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre Sarawak

Syukur kepada Allah SWT, buat julung kalinya, IKRAM Sarawak akan menganjurkan Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre (MIPHC) Sarawak.

MIPHCS2011 julungkali diadakan di peringkat negeri Sarawak bertujuan menzahirkan sokongan berterusan kepada Saudara Kita dan tanda perjuagan yang tidak padam dalam usaha menyebarluaskan Islam dibumi Allah ini. MIPHCS2011 merupakan acara tahunan dalam bulan Ramadhan yang bertujuan menjana dana untuk meneruskan operasi dan kelestarian(sustainabality) Hidayah Centre Sarawak.

MIPHCS2011 menawarkan tiga pakej tajaan sumbangan dalam bentuk jualan meja dan kerusi. Anda dijemput hadir bersama keluarga, teman, rakan sekerja atau dengan sesiapa sahaja di Dewan Kompleks Islam Sarawak bagi meraikan majlis iftar perdana kali ini. MIPHCS2011 pada Ramadhan tahun ini untuk meja/kerusi yang anda beli atau menyerahkan tajaan untuk dihadiri oleh Saudara Kita. Sila rujuk pada Borang Sumbangan dimuka belakang untuk pakej MIPHCS2011 yang ditawarkan atau anda boleh terus memberi sumbangan ikhlas dalam sebarag amaun. Keperihatinan, sokongan dan sumbangan daripada anda serta semua pihak bagi menjayakan majlis ini kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Semoga sumbangan yang dihulurkan mendapat keberkatan daripada Allah dan menjadi bekalan kita di akhirat kelak

Hidayah Centre Sarawak

Pendahuluan


Hidayah Centre adalah sebuah pusat perlindungan dan bimbingan saudara baru, Hidayah Centre bernaung di bawah Pertubuhan IKRAM Malaysia. Ia merupakan sebuah pusat sepenuh masa yang dioperasikan sebagai salah satu usaha kebajikan IKRAM. Kumpulan sasarnya adalah saudara baru yang berhadapan dengan masalah keluarga dan sosial dan memerlukan tempat perlindungan.

Tujuan utama penubuhan HC ialah untuk memberikan penempatan sementara serta memberi bimbingan dalam bentuk kelas-kelas pengajian dan khidmat nasihat kepada saudara baru disamping memberikan penjelasan dan berdakwah kepada golongan bukan Islam. Sehingga hari ini, Hidayah Centre telah beroperasi di 14 buah cawangan iaitu di Perak, Selangor, Kedah, Pahang, Sabah, Sarawak, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor. 


Pusat Sokongan Hidayah Centre Sarawak



Pusat Sokongan Saudara Kita Hidayah Centre Sarawak bernaung di bawah Pertubuhan IKRAMMalaysia Negeri Sarawak,beroperasi dengan matlamat dan peranan sebagai:


•Pusat sokongan dan bimbingan Saudara Kita
•Pusat Dakwah kepada yang belum Islam
•Penghubung dengan agensi kerajaan dan NGO -NGO Islam yang lain Hidayah Centre berperanan aktif mengendalikan pelbagai program-program dakwah kepada komuniti dan masyarakat disamping peranan utamanya sebagai pusat sokongan Saudara Kita.Anda juga boleh berhubung terus dengan kami melalui e-mel atau telefon untuk mendapatkan maklumat lanjut.

 
Design by Wordpress Theme | Bloggerized by Free Blogger Templates | coupon codes